Tips Menulis Sajak

 Tips menulis puisi moden - Sajak



Adakah anda sedang mencari cara untuk menulis sebuah puisi yang dramatis dan menarik bagi pelbagai kategori usia dalam setiap jenis tema? Maka kalian berada di situs yang tepat. Untuk menjadi seorang penulis puisi yang hebat karyanya hendaklah si penulis mengetahui beberapa aspek ini. 

  • Penulis hendaklah menguasai banyak teknik penulisan dalam menjadikan karya lebih dramatis dan indah. Contohnya, teknik pengulangan ayat.
Ayah engkau bak pahlawan gagah
Ayah engakau bak wira dihati
Tatkala bencana datang engaku menjadi 
tembok penghalang
Ayah engkaulah kasih bagikua
  • Penulis mesti perlu banyak membaca agar ilmu pengetahuan lebih luas agar dapat memasukkan referensi yang menarik bagi pembaca. Contohnya, meletakkan sifat manusia ke situasi alam/benda.
Amukan ombak mengombang kapal
Kapal menggigil menunggu kehancuran
Langit saksi mata terbentang
Risiko menjelajah kekuasaan lautan 
  • Banyakkan ilmu kehidupan sangatlah berguna untuk penulisan sajak agar sajak terasa lebih hidup dengan cara penulis menuangkan yang dialaminya sendiri. Contohnya, menuangkan pengalaman peribadi.
Air mata berkaca
membasahi pipi
Kehilangan insan tiada 
ganti
Memenjara hiba dibalik
hati
Cukup tersiksa tiada terperi
  • Penulis yang baru berjinak untuk mendalami ilmu puisi moden perlulah menyenaraikan setiap yang ada diisi fikirannya. Contohnya, menyenaraikan dalam bentuk peta minda.



Itulah sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Diharap perkongsian ilmu ini bermanfaat bagi kalian yang memerlukan. Saya ingin mengatakan bahawa tips yang diberi tidaklah merupakan sesuatu yang terbaik. Kalian yang ingin menjadi penulis puisi hendaklah mempunyai kesabaran dan kepintaran yang tinggi agar hasil karya kalian menjadi sebuah karya yang mampu mengubah persipsi dunia. Sekali lagi saya tegaskan bahawa tips yang saya berikan bukanlah sesuatu yang terbaik.

Saya berharap ilmu yang dikongsikan dapat menjadi asbap kebaikan untuk semua. Tolong sharekan kepada yang lain agar ilmu yang dikongsikan berpanjangan dan berterusan sekaligus menjadi tabungan untuk dibawa diakhir nanti.








Ulasan

Artical Popular

Film Nombor 1 Di MALAYSIA 2022

Johor Ingin Keluar Dari Malaysia!?