Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Johor

Johor Ingin Keluar Dari Malaysia!?

Imej
 JOHOR INGIN KELUAR DARI MALAYSIA!? Pada 16 Jun 2022, Sultan Johor, Paduka Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke-25 telah memberi suatu ucapan yang sangat mengejutkan pada sidang pertama Parlimen Negeri Johor tahun 2022. Pada sidang tersebut sultan telah memberikan ucapan tahniah kepada ahli baru parlimen yang dipilih untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat bagi memajukan negeri tercinta Johor Darul Takzim. Pada sidang tersebut juga Sultan telah meyampaikan kekecewaan baginda akan tindakan kerajaan pusat yang seakan-akan menganak tirikan Negeri Johor, sedangkan Negeri Johor merupakan salah satu penyumbang terbesar bagi ekonomi Negara Malaysia. Baginda sultan juga mengucap Johor mungkin akan keluar dari Negara Malaysia menjadi sebuah negara baru sekiranya rakyat mendesak. Seperti mana yang kita tahu, Sultan Johor merupakan Sultan yang sangat mengutamakan suara rakyat. Persoalan mula timbul dalam kalangan rakyat Malaysia, adakah Johor a...