Cara menjadi Blogger mudah 2022

 Cara menjadi seorang Blogger di Blogspot


Hai Reader,


Jika anda mencari tips untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya, maka anda berada di tempat yang tepat. Kini menjadi seorang Blogger merupakan sebuah pekerjaan yang sangat menguntungkan kerana dapat menghasilkan artikel pada bila-bila waktu yang sesuai. Disini kami telah menyenaraikan beberapa aspek yang perlu di tekankan untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya.


1)Pandai Menulis




Pandai menulis disini bermaksud anda hendaklah mahir dalam merakit sebuah ayat yang bagus dan menarik agar mudah dipahami oleh pembaca. Anda perlulah mahir dalam meletakkan tanda-tanda yang bekernaan pada setiap ayat dengan tepat. Selain itu, anda juga perlu menguasai teknik penulisan panjang seperti sebuah karangan tapi juga pendek dari sudut pembaca. Yang dimana, pendek bagi pembaca kerana mempunyai isi yang mudah dipahami.

Teknik-teknik penulisan ini mampu menjadikan para pembaca sukar merasa bosan dan mengelakkan mereka lebih cepat meninggalkan artikel yang kita hasilkan. Sebuah artikel menarik berasal dari teknik penulisannya yang matang.

2)Rajin Membaca




Bagi menghasilkan artikel yang menarik, anda hendaklah rajin membaca bagi menambah ilmu pengetahuan sekaligus mencari bahan/topik untuk artikel yang seterusnya. Membaca sama ada secara maya atau realiti dari pelbagai sumber juga mampu meningkatkan penguasaan anda dalam teknik menulis yang tepat. Hal ini kerana ketika anda membaca, anda juga mempelajari cara penulisan  si penulis.

3)Jadikan Menulis Sebagai Hobi




Dengan menjadikan menulis sebagai sebuah hobi, anda akan lebih sukar untuk merasa bosan ketika anda menulis sebuah artikal. Dengan terciptanya hobi ini juga mampu mengelakkan anda daripada berhenti menghasilkan topik-topik baru dalam blog anda. Hal ini menjadikan pengunjung di blog anda kekal bertambah saban hari. Jangan anda jadikan menulis sebagai semata-mata untuk mencari keuntungan kerana ketika anda menulis artikal demi artikal tapi tidak mendapatkan tujuan awal, maka anda akan merasa bosan dan berhenti.

4)Menyenaraikan isi sebelum tulis




Salah satu benda penting dalam menghasilkan artikel adalah dengan menyenaraikan semua isi sebagai rangka agar dapat melihat kekurangan dan kelemahan dalam artikel yang ingin anda tulis. Ini mampu menjadikan artikel anda lebih berkualiti dan menarik sehingga mampu mengelakkan para pembaca menjadi bosan. Senarai isi juga dapat mengelakkan anda lari dari topik yang ingin anda tulis pada mulanya sehingga dapat mengelakkan artikel anda menjadi aneh.

5)Hasilkan banyak artikel




Artikel yang banyak dapat menahan para pembaca dari lebih cepat meninggalkan blog kita, artikel-artikel ini mampu menjadi penghalang dari mereka menetan tanda back/pangkah sebagai tanda mereka bosan dengan artikel-artikel yang kita hasilkan. Yang pada akhirnya, menyebabkan jumlah pembaca berkurang berpunca dari para pembaca tidak berkongsi akan artikel kita.


6)Pantang menyerah



Yang paling penting dalam menjadi seorang Blogger adalah sifat pantang menyerah, sifat ini akan menjadi sumber pembakar semangat bagi anda agar terus menapaki jalan yang anda pilih. Hal ini tidak hanya mampu membuat anda lebih teguh dalam mencapai matlamat anda menjadi seorang Blogger berjaya tapi juga menjadikan anda lebih berwawasan sehingga mencipta generasi celik minda terhadap sisi lain dunia. Sifat inilah yang menjadikan para Blogger di luar sana menjadi seorang yang mahir, cakap, dan pintar dalam menyusun ayat demi ayat kerana mereka terus mencari maklumat tanpa henti.


Itulah sedikit sebanyak tips/cara yang dapat kami kongsikan bersama anda, kami berharap perkongsian kami ini dapat menjadikan anda seorang penulis dan penghasil artikel yang berkualiti melalui blog/platform lain yang serupa. Kami mendoakan kejayaan anda dalam setiap bidang yang anda ceburi terutama dalam menjadi ahli keluarga besar Blogger di seluruh dunia. Terapkan setiap maklumat diatas didalam hati dan fikiran anda, semoga suatu hari kita dapat bersama menghasilkan artikel-artikel yang menarik dan mampu mengubah pandangan dunia terhadap sesuatu perkara.


Walau bagaimanapun, yang penting dalam menjadi seorang penulis adalah anda menulis sesuatu yang benar dan tidak menyimpang agar tidak menimbulkan suatu bencana bagi suatu tempat, negeri atau bahkan negara. Seperti mana kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita pada suatu ketika dulu. Jadikanlah pena dan isi fikiran anda senjata bagi perkara yang tepat dan baik, jangan jadikannya sebagai senjata bagi keegoisan sendiri.


Kami akhiri dengan ucapan maaf jika terdapat perkataan yang tidak sedap dibaca, kami hanya menyampaikan pengalaman dan ilmu agar menjadi asbab kebaikan. Kongsikan kepada rakan/keluarga anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.











Ulasan

Artical Popular

Film Nombor 1 Di MALAYSIA 2022

Johor Ingin Keluar Dari Malaysia!?

Tips Menulis Sajak